Sunday, 15 September 2013


Orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan, dan pengalaman mendewasakan kita... bukan nak cerita tentang pemandangan ataupun dewasa... Tapi nak share sikit tentang PENGAMBILAN AHLI BARU FAMILY SMF FBM...!!!

Untuk pengetahuan rakan-rakan budiman sekalian, SMF ialah Sekretariat Mahasiswa Fakulti yang telah ditubuh khas untuk menyokong tugas-tugas MPP dan bergerak dibawah Fakulti...
Setiap semester SMF akan menjalan program atau aktiviti juga saling berkerjasama dengan persatuan dalaman seperti IB, CSMS, HEALS, AEMS, BOSS, HURES, TRANSILT, dan OPEMS
Kami berkolaborasi dibawah satu bumbung bagi menonjolkan bakat mahupun mencabar keupayaan diri masing-masing disamping melonjakkan nama baik Fakulti Pengurusan Perniagaan sebagai fakulti terbesar dan utuh di UiTM..

JADI...?? 

Kepada sesiapa sahaja warga FBM yang mempunyai pengalaman mahupun yang berminat untuk menimba pengalaman baru di alam kepimpinan... Anda dijemput hadir ke sesi Interview seperti butiran di atas....

RUGI... kalau tak join, sebabnya bukan sekadar menyeronokkan, anda juga dapat pengalaman yang extraordinary compare to any other students, anda akan dapat family baru di UiTM Puncak Alam ni... iaitu SMF, MPP, & PERSATUAN DALAMAN, dapat sijil, dapat bilik operasi yang selesa, dan Alhamdulillah  privileges yang amat2 digilai ramai juga merupakan konflik sepanjang zaman students di UiTM Puncak Alam... iaitu.... ANDA AKAN MENDAPAT KOLEJ..!!! Woohooo~ ta percaya???
Cuba tanye pihak pengurusan kolej... but, but, but... please be sincere okay :)

Cabar diri anda untuk datang ke sesi TEMUDUGA ok...!

Belum COBA belum TAU??

See you there ^__^

1 comment: