Tuesday, 24 December 2013

Assalamualaikum / Salam Sejahtera. Bismillahirrahmannirrahim

Thursday, 5 December 2013


Monday, 25 November 2013


Assalamualaikum. Operasi Korporat. Sekretariat Mahasiswa Fakulti FPP dengan kerjasama semua Exco Pengurusan Sumber persatuan dalaman FPP akan mengadakan OPS KORPORAT bermula minggu ini (25 November 2013 - 20 Disember 2013)

Sempena OPS KOPRORAT, semua pelajar digalakkan memakai BAJU KORPORAT persatuan dalaman masing-masing dan permantauan akan dijalankan oleh SMF (Setiap Isnin-Jumaat). OPS KORPORAT ini bertujuan untuk membudayakan pemakaian baju korporat dalam UiTM Puncak Alam.

Ahli persatuan yang memakai baju korporat terbanyak, nama Persatuan akan dipamerkan di ruang legar PSB pada setiap minggu sepanjang OPS KORPORAT berlangsung.


Ayuh! Lets create the culture! FBM Uniteee! ;]

#OPSKorporat @smffbmawesome

Assalamualaikum. Atas usaha Exco Pengurusan Sumber & Tugas-tugas Khas, SMF FBM Puncak Alam, pihak kami akan mengadakan Audition bagi mengumpulkan para pelajar yang berbakat & berminat menimba, berkongsi ilmu pengacaraan.

InsyaAllah kumpulan yang bakal diwujudkan ini akan diberi latihan bagi mempersiapi diri dengan pengacaraan serta memudahkan sebarang permintaan keperluan Pengacara bagi program-program akan datang yang dianjurkan dibawah Fakulti Pengurusan Perniagaan. ;]

Jemputlah hadir! Asah bakat anda disini!

Monday, 7 October 2013

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Pada 25hb September 2013 yang lepas telah tertubuhnya ahli jawatankuasa SMF FBM yang baharu. Di-president-kan dengan saudara Dhiyaudeen.

Pada hari yang sama, sesi malam pula telah dilaksanakan perjumpaan antara SMF FBM Puncak Alam bersama barisan SMF FBM dari Kampus Shah Alam. Majlis informal tersebut telah diadakan di DK12, FSK 7, pada pukul 9 malam, dipengerusi-majliskan oleh MPP; saudari Syafika Husin serta saudara Alex.

InsyaAllah, semoga Jawatankuasa SMF 2013/2014 dapat melakukan segala tugas sebaiknya serta terus maju dan utuh! Semoga segala urusan dipermudahkan.

Rabbi Yassir Wala Tu'assir, Wa Atmim Bi Kheir.


Sunday, 15 September 2013


Orang kata, jauh perjalanan luas pemandangan, dan pengalaman mendewasakan kita... bukan nak cerita tentang pemandangan ataupun dewasa... Tapi nak share sikit tentang PENGAMBILAN AHLI BARU FAMILY SMF FBM...!!!

Untuk pengetahuan rakan-rakan budiman sekalian, SMF ialah Sekretariat Mahasiswa Fakulti yang telah ditubuh khas untuk menyokong tugas-tugas MPP dan bergerak dibawah Fakulti...
Setiap semester SMF akan menjalan program atau aktiviti juga saling berkerjasama dengan persatuan dalaman seperti IB, CSMS, HEALS, AEMS, BOSS, HURES, TRANSILT, dan OPEMS
Kami berkolaborasi dibawah satu bumbung bagi menonjolkan bakat mahupun mencabar keupayaan diri masing-masing disamping melonjakkan nama baik Fakulti Pengurusan Perniagaan sebagai fakulti terbesar dan utuh di UiTM..

JADI...?? 

Kepada sesiapa sahaja warga FBM yang mempunyai pengalaman mahupun yang berminat untuk menimba pengalaman baru di alam kepimpinan... Anda dijemput hadir ke sesi Interview seperti butiran di atas....

RUGI... kalau tak join, sebabnya bukan sekadar menyeronokkan, anda juga dapat pengalaman yang extraordinary compare to any other students, anda akan dapat family baru di UiTM Puncak Alam ni... iaitu SMF, MPP, & PERSATUAN DALAMAN, dapat sijil, dapat bilik operasi yang selesa, dan Alhamdulillah  privileges yang amat2 digilai ramai juga merupakan konflik sepanjang zaman students di UiTM Puncak Alam... iaitu.... ANDA AKAN MENDAPAT KOLEJ..!!! Woohooo~ ta percaya???
Cuba tanye pihak pengurusan kolej... but, but, but... please be sincere okay :)

Cabar diri anda untuk datang ke sesi TEMUDUGA ok...!

Belum COBA belum TAU??

See you there ^__^

Friday, 12 April 2013


Bermula pada 12 April 2013 (JUMAAT), akan bermula pembudayaan Bacaan Yaasin pada setiap pagi di Fakulti.

"Sesungguhnya jika setiap perkara yang baik itu selalu diamalkan In Sha Allah akan menjadi sebati dalam diri kita dan seronok untuk diamalkan secara berterusan" 

p/s: Sape nak pahala free??? Jangan malu2 jangan segan2 jom sertai bacaan Yaasin ini... 
Asek fokus Dunia je, Jom tambah akaun Akhirat pula... 
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit~  

Thursday, 11 April 2013

Berita baik buat pelajar UiTM Puncak Alam, khususnya dari Fakulti Pengurusan Perniagaan!!!!!
Sukacita dimaklumkan bahawa satu kaunter aduan yang akan dibuka oleh SMF dan Biro Persatuan Dalaman Aduan dan Kebajikan.  Para pelajar amatlah dialu-alukan untuk membuat sebarang aduan, jika aduan anda relevan dan logik, adalah tidak mustahil bagi aduan tersebut untuk di ketengahkan kepada pihak pengurusan uitm.

p/s: Bukan sekadar aduan yang diperlukan, sebarang cadangan mahupun idea yang konstruktif daripada otak sihat dan minda cergas anda sekalian amatlah DIGALAKKAN..!!!
("Ayuh menjadi Mahasiswa Mahasiswi"- Azraful Azman, MPP-)

Tuesday, 9 April 2013




P/S: SALURKAN BAKAT ANDA DEMI FAKULTI KERANA DIRIMU BEGITU BERHARGA~


Tuesday, 19 March 2013


P/S : Cuba cabar diri anda untuk menyempurnakan program WAJIB ini tiap-tiap semester 
TANPA GAGAL...!

ANDA MAMPU MENGUBAHNYA :)