Setelah secara rasminya SMF Puncak Alam dibubarkan pada tarikh 8 Oktober 2012, perlantikan baru turut diadakan dengan satu konsep yang berlainan dimana, SMF Puncak Alam dan Shah Alam digabungkan menjadi satu organisasi sahaja.
Perubahan drastik tetapi menarik ini adalah idea asal daripada dua MPP FBM iaitu Nurul Syafikah Husin dan Alex Jubiri bagi memudahkan gerak kerja di kedua-dua kampus.
Baru-baru ini telah diadakan perjumpaan singkat dua keluarga besar SMF Puncak Alam dan Shah Alam bertempat di Business Theather A, Fakulti Undang-undang, UiTM Shah Alam pada 12 Oktober 2012. Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah bagi merapatkan lagi 'bonding' antara dua kampus ini agar dapat memudahkan interaksi dan kerjasama di masa akan datang.
Miss Presiden :) |
Mr. Vice Presiden |
Bergabung + Meletup..! |
Selain beramah mesra setiap SMF juga mendapat penerangan tentang skop tugasan masing-masing. Selepas itu, mereka juga berlatih bersama-sama FBM Clap yang di ilhamkan oleh saudara Alfi Arif, simple tetapi bersemangat..!
Berakhirnya pertemuan keluarga besar SMF FBM ini sebagai tanda titik permulaannya usahasama dalam menghebatkat lagi nama FBM yang sudah sememangnya fakulti terbesar sekali empayarnya di UiTM.
Semoga permulaan yang ceria ini tiada penghujungnya :)
FBM AWSOME...!
0 comments:
Post a Comment