Monday, 15 October 2012


Penguguman penting buat seluruh warga Bizzman....!!!!

                                     


Apa tunggu lagi?? Jom kita beramai-ramai hadir ke AGM fakulti masing-masing, 
the more the merrier..<3  

Friday, 12 October 2012

Setelah secara rasminya SMF Puncak Alam dibubarkan pada tarikh 8 Oktober 2012, perlantikan baru turut diadakan dengan satu konsep yang berlainan dimana, SMF Puncak Alam dan Shah Alam digabungkan menjadi satu organisasi sahaja.

Perubahan drastik tetapi menarik ini adalah idea asal daripada dua MPP FBM iaitu Nurul Syafikah Husin dan Alex Jubiri bagi memudahkan gerak kerja di kedua-dua kampus.

Baru-baru ini telah diadakan perjumpaan singkat dua keluarga besar SMF Puncak Alam dan Shah Alam bertempat di Business Theather A, Fakulti Undang-undang, UiTM Shah Alam pada 12 Oktober 2012.  Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah bagi merapatkan lagi 'bonding' antara dua kampus ini agar dapat memudahkan interaksi dan kerjasama di masa akan datang. 


Kedatangan SMF Puncak Alam, disambut dengan jamuan nasi lemak yang sedap sekali.!




Miss Presiden :)


Mr. Vice Presiden








































Bergabung + Meletup..!

Selain beramah mesra setiap SMF juga mendapat penerangan tentang skop tugasan masing-masing. Selepas itu, mereka juga berlatih bersama-sama FBM Clap yang di ilhamkan oleh saudara Alfi Arif, simple tetapi bersemangat..!



Berakhirnya pertemuan keluarga besar SMF FBM ini sebagai tanda titik permulaannya usahasama dalam menghebatkat lagi nama FBM yang sudah sememangnya fakulti terbesar sekali empayarnya di UiTM.



Semoga permulaan yang ceria ini tiada penghujungnya :)

FBM AWSOME...!


Saturday, 22 September 2012

Selepas Uitm Puncak Alam dan Shah Alam dilanda Demam Pilihanraya 

selama seminggu akhirnya keputusan undian paling mendapat 

sambutan adalah berpihak kepada dua insan terpilih dan bertuah 

untuk memikul mandat yang diberi iaitu 

saudari Nurul Syafiqah Husin dan saudara Alex Jubiri.




Pemenang undian terbanyak bagi FBM


Bersama barisan mantan MPP


TAHNIAH di atas kejayaan mereka, diharap keduanya dapat memberikan yang terbaik sebagai pemimpin pelajar dan marilah kita sama-sama menyokong secara positif serta memberikan kerjasama kepada mereka agar FBM sentiasa menjadi ikon yang hebat kepada fakulti-fakulti lain.

Tuesday, 15 May 2012

Pasukan bolasepak Fakulti Pengurusan Perniagaan "FPP EAGLES" bagi merebut Piala Timbalan Naib Canselor UiTM.




Sokonglah pasukan bolasepak kita... GO FPP EAGLES...!

::sokongan terbuka kepada semua pelajar FBM (termasuk yang bukan kaki bola :))

Friday, 11 May 2012

Pertemuan singkat antara Timbalan Dekan HEP Dr. Ramlee Abdul Rahman bersama Sekretariat Mahasiswa Pelajar(SMF) sangat ringkas tetapi padat dengan informasi yang sangat berguna. Di samping beliau memberikan input yang terbaru tentang program-program yang bakal berlangsung di Uitm, SMF juga diberi nasihat dan kata-kata pembakar semangat bagi melaksanakan tugas sebaik mungkin.



Harapan Dr. Ramli agar Fakulti Pengurusan Perniagaan menjadi satu nama yang gah serta dikagumi kerana kebolehan luarbiasa pelajar-pelajarnya mengendalikan segala program akademik mahupun korikulum serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan di samping menjadi ikon kepada seluruh warga uitm.




Fokus dan tertarik dengan setiap input yang diberikan, sedikit sebanyak perjumpaan singkat ini dapat menaikkan semangat SMF untuk memberikan impak maksima sebagai pemegang port folio tugasan masing-masing.


::perjumpaan tamat pada pukul 7.15 pm :)



Thursday, 10 May 2012



"JOM JADI MAHASISWA BIJAK" 
KEMPEN 1 MOTOR 1 GENDER - (KESELAMATAN DIDAHULUKAN, MARUAH DIUTAMAKAN)

ANJURAN : Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam sesi 2011/2012
DENGAN KERJASAMA : Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), UiTM & Polis Bantuan Uitm Shah Alam

"dan janganlah kamu menghampiri ZINA, sesungguhnya ZINA itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)"
Al-Israa' (17 : 32)
Makluman kepada semua pelajar, Dr. Ramlee (Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Pengurusan Perniagaan) dalam proses untuk menubuhkan kumpulan Debat dan Bahas fakulti (Bahasa Melayu dan English).

Kepada sesiapa yang berminat, sila hantarkan butiran di bawah sebelum hari JUMAAT 11 MEI 2012 jam 12.30 tengahhari.

<NAMA> space <NO. PELAJAR> space <KOD PROGRAM> space <SEMESTER> space <PILIHAN BAHASA> space <NO TELEFON>

SMS ke 0137135676

Contoh:
MUHAMMAD SYAKIRIN SYUIB 2011435641 BM233 2 ENGLISH 0126557893

Monday, 7 May 2012




makluman kepada semua pelajar berkenaan rakaman program liga ilmu " debat imam muda vs ustazah pilihan " dari astro oasis.


Nama Program : Liga Ilmu 'Debat Imam Muda vs Ustazah Pilihan'
Tarikh : 9 Mei 2012 (RABU)
Tempat : DK 500
Masa : 4.30 petang hingga 10 malam
Makanan : Disediakan
Pengangkutan Pulang: Disediakan untuk pelajar NR pada jam 10.30 malam


Peserta : Diperlukan 400 pelajar untuk menjadi penonton pada sesi rakaman
(Sesi rakaman 1 jam 5-7 malam, sesi rakaman 2 jam 8-10 malam, rehat 7-8 malam)-peserta wajib hadiri kedua-dua sesi.

Kaedah : Beri nama pada borang yang tertampal di pintu Bilik Gerakan MPP selewat-lewatnya 8 Mei 2012 (SELASA) jam 1 tengahari atau sms nama, fakulti kepada Musaadah MPP (013-3311308)


'2.9 million women will never forget the day they were diagnosed with breast cancer'
come and join us!! 
Dapatkan tip-tip, panduan, penjelasan, dan banyak lagi info berguna untuk anda semua. Banyak aktiviti menarik, booth dan exhibition, ceramah dari Majlis Kanser Nasional (MAKNA) dan lain-lain.


8 May 2012 (SELASA)


Tempat: Laluan PSB
Jam: 8.30-5.00 PM-Booth and Exhibition Breast Awareness Campaign & Blood Donation


Tempat: berhadapan FSK 6
Jam:8.30-5.00 PM-Pameran Mamogram Mudah Alih


Tempat: DK ll FSK 7
Jam: 8.30-8.45 AM-Ketibaan Para Pelajar dan Sarapan
8.45-9.00-Ketibaan VIP dan Pensyarah
9.00-9.10-Bacaan Doa dan Nyayian lagu rasmi UiTM
9.10-9.15-Ucapan Pengarah Program
9.15-9.20-Ucapan Ketua Program Pengimejan Perubatan
9.20-9.45-Ucapan oleh Penolong Naib Canselor
9.45-10.00-Tayangan Video dan montaj
10.00-11.00-Ceramah oleh pegawai perubatan UiTM
11.00-12.00-Demonstrasi dan ceramah oleh staff MAKNA
12.00-12.30 PM-Penyampaian cenderahati
Majlis Bersurai


semua dijemput hadir.
dont forget to share and spread over..tq =)


for detail info and question call:
Mr. Faiz-017 7765226
Mrs. Shazwanie-017 3029408

Friday, 4 May 2012

Permohonan Pemimpin Minggu Destini Siswa (PMDS) Sesi Jun 2012 kini boleh diisi secara online. Tarikh tutup permohonan adalah 8 Mei 2012, Selasa hadapan.

Permohonan yg terpilih akan melalui KPMDS dan MDS seperti berikut :


  • Kursus Pemimpin Minggu Destini Siswa (KPMDS) pada 28 Mei - 1 Jun 2012
  • Minggu Destini Siswa (MDS) pada 2 Jun - 8 Jun 2012

**Kepada pelajar ijazah yang memohon, TIADA Surat Pengecualian diberikan.

Borang boleh diisi melalui link yang ada di bawah. Segala maklumat yang diisi adalah sulit. Sebarang pertanyaan, sila hubungi mana-mana Executive Caretaker MPP UiTM shah Alam 2012.

link : Borang PMDS Sesi Jun 2012

Terbuka kepada semua pelajar Diploma dan Ijazah.
UiTM Di Hatiku




MAKLUMAN KEPADA WARGA FPP (SEM AKHIR):

Laman Fb bagi Pre-Graduation Night FBM sesi Jun 2012. Tema: RETRO
EXTRA INFO : JIKA SEM HADAPAN PELAJAR MENJALANI PRAKTIKAL, MAKA SEM INI PELAJAR DIJEMPUT UNTUK MENGHADIRI PGN NI. JEMPUTAN AKAN DIBUAT OLEH COMMITTE DARI KELAS KE KELAS YANG TERLIBAT BAGI TUJUAN PUBLISITI.. 


Tuesday, 1 May 2012




Monday, 30 April 2012

Assalammualaikum dan salam satu uitm.

InsyAllah bagi semester yang berbaki ini, para pelajar akan dapat menikmati pek sarapan pagi terhad daripada pihak fakulti. Di Shah Alam, Alhamdulillah sudah 2 kali terlaksana dan InsyaAllah di Puncak Alam akan bermula pada minggu ini.

Edaran pek sarapan pagi terhad ini adalah sebanyak 250 bungkus sahaja khusus untuk pelajar Fakulti Pengurusan Perniagaan. Bermakna, selain pelajar FPP (Undang-undang, FSK etc) tidak dibenarkan sama sekali. Edaran akan dilakukan pada hari SELASA dan KHAMIS setiap minggu kuliah bermula seawal jam 07:30 pagi. Di Shah Alam akan bertempat di Foyer Law manakala Puncak Alam pula di Foyer FSK 6.

Harap informasi ini diuar-uarkan kepada rakan-rakan anda agar mereka sedar dan tahu yang fakulti menyediakan sarapan percuma tetapi terhad.

Untuk minggu ini, memandangkan Selasa , 1 Mei adalah Hari Pekerja, maka edaran pek sarapan akan dilakukan pada hari Rabu, 2 Mei.

Harap maklum. We ♥ FBM =)