Friday, 11 May 2012

Pertemuan singkat antara Timbalan Dekan HEP Dr. Ramlee Abdul Rahman bersama Sekretariat Mahasiswa Pelajar(SMF) sangat ringkas tetapi padat dengan informasi yang sangat berguna. Di samping beliau memberikan input yang terbaru tentang program-program yang bakal berlangsung di Uitm, SMF juga diberi nasihat dan kata-kata pembakar semangat bagi melaksanakan tugas sebaik mungkin.



Harapan Dr. Ramli agar Fakulti Pengurusan Perniagaan menjadi satu nama yang gah serta dikagumi kerana kebolehan luarbiasa pelajar-pelajarnya mengendalikan segala program akademik mahupun korikulum serta mempunyai ciri-ciri kepimpinan di samping menjadi ikon kepada seluruh warga uitm.




Fokus dan tertarik dengan setiap input yang diberikan, sedikit sebanyak perjumpaan singkat ini dapat menaikkan semangat SMF untuk memberikan impak maksima sebagai pemegang port folio tugasan masing-masing.


::perjumpaan tamat pada pukul 7.15 pm :)



0 comments:

Post a Comment