Monday, 23 June 2014

We are FAMILY! xoxo

President SMF FBM 2014/2015


Assalamualaikum. Alhamdulillah. On last thursday's evening, the final meeting was held in SMF FBM's room.





Undian dijalankan pada permulaan bagi pemilihan Majlis Tertinggi (MT) baharu, bagi sesi SMF 2014/2015. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan.

We proceed with jamuan makan dan sesi berkongsi pengalaman pada akhir kata.





Tahniah kepada MT yang baru dilantik! Semoga dapat memimpin dengan adil, bijaksana & Lillahi Taala.

Jutaan terima kasih kepada semuaaaaaa SMF FBM 2013/2014 atas segala keringat peluh yang dikeluarkan, memori yang dicipta bersama, susah senang. Terima kasih! Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa kalian.


Tidak dilupakan juga, kepada Alif Nazmi, Kak Wani, Azry & Alex, terima kasih dan semoga berjaya untuk Industrial Training nanti! Kalian akan kami rindui. It has been such a wonderful days during kepimpinan anda anda anda semua. Termasuk Alif Hamzah (President SMF FBM 2013/2014)


Pemberian dari senioritas! <3<3<3



Akhir kata, ALL THE BEST for final examination! Pulun for the best, let Allah do the rest! Jangan lupa:
1) Tarikh & Waktu peperiksaan
2) Kad Pelajar
3) Slip Peperiksaan.

FBM AWESOMEEEEEEE!!


Thursday, 15 May 2014


Assalamualaikum/Salam Sejahtera/Salam 1 UiTM/Salam FBM Awesome!

Button Badges special for FBM's students! Special price! Buy & Own it while stock last! ;]

#FBMAwesome #ButtonBadges #ForSALE

Assalamualaikum. #OPSKorporat kembali lagi! Walaupun sudah hampir ke hujung semester, pemakaian baju korporat haruslah terus dibudayakan!

Hari RABU menjadi hari yang bertuah apabila ia dipilih untuk menjadi hari OPS KORPORAT berjalan.

Persatuan yang paling mendapat sambutan pemakaian baju korporat, akan diumukan sebagai Pemenang Mingguan!

"People see you by the way you portray yourself"
-Srikandi Tun


Assalamualaikum. InsyaAllah pada hujung minggu ini akan berlangsungnya Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) di Kem Bina Semangat Ampang Pecah, Kuala Kubu Bharu.

Pada semester yang lepas, KPO telah di-rebranding oleh pihak SMF ke FBM Leadership Camp (FLC)

Setiap satu dikalangan 15 Persatuan Dalaman dikehendaki menghantar 5 orang ke kursus ini. Bagi pihak SMF pula, dikehendaki menghantar semua ahli SMF baharu.

Ketua Program bagi Kursus ini ialah Saudari Amirah Amir, Exco Perhubungan, Sekretariat Mahasiswa Fakulti Pengurusan Perniagaan.

Moga program ini dapat berjalan dengan lancar. InsyaAllah. Amin Ya Rabbal Al Amin..


Monday, 5 May 2014


Assalamualaikum. Bismillah. Program mingguan yang dianjurkan oleh Exco Kerohanian & Kaunseling SMF dan Persatuan Dalaman Fakulti Pengurusan Perniagaan.

Bagi yang berkesempatan, jom kita sama-sama dapatkan pahala percuma Allah nak beri! InsyaAllah ;]

"Sesungguhnya setiap sesuatu yang mempunyai hati, adapun hati Al-Quraan ialah Yassin, maka Allah menulis baginya dengan membacanya itu seperti membaca Al-Quraan sepuluh kali"
-HR Tarmizi

Thursday, 1 May 2014


Monday, 28 April 2014


BERITA HANGAT.....!!!!
Berjiwa seni? Meminati kesenian? Berminat / Berbakat?
Ayuh! Daftarkan diri anda!
Pendaftaran #WirasaSeniFPP dibuka!!!!

Pelbagai kategori ditawarkan, rujuk poster.

Puncak Alam:
28,29 & 30 April 2014!
11.30 pagi - 2.30 petang
Foyer FSK 6

Shah Alam:
29, 30 April & 2 May 2014!
11.30 pagi - 2.30 petang
Foyer Law (berhadapan DK A & DK B)

*Program ini merupakan salah satu cara pemilihan Wakil Fakulti yang terbaik bagi mewakili Fakulti Pengurusan Perniagaan di Pertandingan WIRASA 2014 yang akan menyusul pada semester hadapan. InsyaAllah ;]

Sunday, 6 April 2014


Assalamualaikum/Salam Sejahtera.

Akan Datang! Semester ini!

Mini-SAF, satu platform permilihan atlet bagi mewakili FBM ke Sukan Antara Fakulti (SAF) pada semester hadapan.

--------RUJUK POSTER bagi maklumat PENDAFTARAN--------

Program ini bertujuaan bagi memudah cara, mengurangkan masa pemilihan atlet bagi program SAF yang sebenar nanti.

Moga dengan inisiatif ini, FBM dapat menambah bilangan pingat emas dalam acara-acara yang dipertandingkan pada SAF Sesi September'14-Januari'15 nanti.

#FBMAwesome #SAF #?MiniSAF #UiTMPuncakAlam #GOLDMedal #Frisbee #Petanque #Renang #Badminton #PingPong #BolaJaring #BolaKeranjang #BolaBaling #BolaTampar #SepakTakraw

Thursday, 3 April 2014


Assalamualaikum. Alhamdulillah. Hari terakhir Temuduga Stage ke-2. Tahniah buat yang terpilih untuk ke Stage 2 ini. InsyaAllah minggu hadapan, calon yang terbaik akan dihubungi melalui telefon. Terima kasih kepada semua yang participate! ;]